Welcome. Do follow me and leave comments| Follow or Dashboard

Friday 16 September 2011

Saya Ingatkan Awak Saya Yang Punya

0 comments
Assalamulaikum

Saya tak sangka awak akan hancurkan hati saya
Saya tak sangka awak ada perempuan lain
Saya ingat awak ikhlas dengan saya
Saya ingat awak sayangkan saya
Saya ingat awak masih mencintai saya
Saya ingat sayalah satu-satunya perempua yang awak sayang
Saya ingat awak lah bakal suami saya
Saya ingat apabila semua yang saya berikan kepada awak, awak akan sentiasa sayang saya
Saya ingat selama ini saya percayakan awak, awak tidak akan tinggalkan saya
Rasa nak tercabut jantung bila saya dapat tahu awak ada perempuan lain,



Ya Tuhanku..
Kenapa semua ini berlaku kepadaku?
Apakah kekurangan saya, awak?
Saya tahu saya tak secantik yang awak idamkan
Saya tahu saya tak sekaya yang awak nakkan,
Saya tahu saya tak sempurna seperti dia
Maafkan saya sebab tak dapat menerima kenyataan bahawa awak bukan saya punya dah.
Maafkan saya awak

Terima kasih sudi baca :)

Terima kasih di atas ruang yang diberikan

0 comments

Assalamulaikum,


Periga cari timba?
Adakah ia wujud?
Ye..memang ia wujud
Seperti ada satu hadis yang menyatakan itu,
Maaf sebab saya terlupa tentang hadis itu.
Apalah nasib badan
Kalau kekasih curang.
Adakah itu adil?
Perempuan hanya syok sendiri?
Ye..saya memang terkejarkan awak
Saya memang tergilakan awak
Saya memang sayang kat awak
Saya tak sanggup berjauhan dengan awak
Saya rindu nak kita macam dulu
Awak tak kacak pun
Tapi kenapa saya gilakan awak?
Mungkin inikah cinta?
Cinta itu buta
Tidak kisah buruk atau cantik rupanya
Dari dulu lagi,
Kawan-kawan suruh tinggalkan dia
Saya degil sebab saya sayangkan awak
Terima kasih kawan, kerana memberi nasihat kepada saya
Maafkan saya sebab dulu saya tak dengar cakap kawan
Akhirnya,
Saya yang merana.
Tak apalah..
Saya kuat, saya tak pernah menyesal mencintai awak.

Terima kasih sebab beri saya ruang untuk mencintai awak.


Terima kasih sudi baca :)

Lelaki itu tak sayang saya ke?

0 comments
Assalamulaikum

Saya nak kongsi sikit ciri-ciri laki yang dah memang tak saying kita dah. Ini adalah pengalaman saya. Ikhlas dari saya.


Ciri-ciri laki itu dah tak sayang kamu
- Sentiasa menjauhkan diri dari awak
- Apabila mesej, tidak akan dibalas
- Apabila ditelefon, tidak akan diangkat
- Apabila tulis di ‘wall’ fb nya tidak dibalas, malah dipadam terus
- Apabila chat, tidak dibalas
- Apabila ditanya, “kenapa awak tak balas mesej saya?, dia berkata.. saya sibuk, lainkali la mesej”.
- Kenapa tak mesej saya?, sebab tak ada topic nak cakap apa
- Kenapa tak nak telefon?, bazir kan duit je
- Selalu kita saja yang topupkan dia
- Selalu kita saja yang kene mengalah
- Selalu kita saja yang salah
- Bila di ajak keluar, banyak alasannya

Ini adalah ciri-ciri lelaki itu..
Awak tak nampak ke yang dia memang dah tak sayangkan awak?



Terima kasih sudi baca :)

Dahulu dan Sekarang Seperti Bumi dan Langit

0 comments
Assalamulaikum



dulu awak cakap dekat saya
“awak..saya sayang sangat kat awak, awaklah yang terbaik yang pernah saya ada. Saya tak sanggup nak tinggalkan awak.”

Dulu awak selalu mesej saya,
Dulu awak selalu telefon saya,
Dulu kalau tak mesej jer, awak terus telefon saya,
Dulu kalau awak telefon saya awak cakap lembut- lembut je,
Dulu kalau kita terjumpa awak senyum-senyum malu,
Dulu awak selalu nyanyikan untuk saya lagu,
Dulu awak selalu kejutkan saya tido,
Dulu awak tak pernah marahkan saya,
Tapi…
Sekarang awak cakat dekat saya
“ maaf, saya dah tak ada perasaan apa-apa kat awak. Saya nak berkawan je dengan awak. Dan sejak bila pula kita “couple’ ???”
Sekarang awak dah mula marahkan saya, awak cakap saya emo
Sekarang awak cakap awak sibuk, sebab subjek awak susah
Sekarang awak jarang telefon saya,
Sekarang saya je selalu mesej awak tapi awak tak pernah nak balas,
Sekarang awak dah menjauhi diri dari saya,
Sekarang awak dah mula bosan dengan saya,
Sekarang awak selalu tak layan saya dekat ‘facebook’,
Sekarang awak dah pandai tangkap gambar dengan perempuan lain
Rupa-rupanya awak curang dengan saya,
Awak dah ada perempuan lain,
Tapi awak cakap dekat saya,
Awak nak ‘focus’ dekat pelajaran,
Tapi …..
Bersambung…

Terima kasih sudi baca :)

KAWAN ITU UMPAMA JANTUNG KU..

0 comments
Assalamulaikum

Alhamdullilah..
Terima kasihTuhan sebab telah kurniakan saya kawan-kawan yang baik
Semasa saya dalam kesusahan mereka sentiasa ada
Semasa saya dalam kegembiraan mereka sentiasa ada
Walaupun kita berjauhan kawan, saya tetap sayangkan kamu
Kawan..
Terima kasih sebab tolong berikan sokongan kepada saya
Terima kasih sebab hiburkan saya jika saya sedih
Terima kasih kawan sebab segalanya
Andai kamu tiada di dunia ini
Hidupku tidak sempurna tanpa kawan
Maaf sebab selalu menyusahkan awak kawan,
Semasa saya sedih disebabkan masalah
Kawan yang tolong memberi sokongan
Saya amat saying kepada awak kawan
Saya harap perhubungan kita tidak akan terputus kawan
Semoga awak sentiasa bahagia di sana
Andai awak pergi dahulu ..
Saya akan sentiasa mendoakan kebahagian awak di dunia dan akhirat

p/s : alhamdullilah. Setakat ini semua kawan- kawan saya baik dan sangat sayang kat awak kawan



Terima kasih sudi baca :)

Jangan disangka air yang tenang tiada buaya

0 comments

Assalamulaikum



Hari adalah hari yang paling teruk dalam hidup saya.
Tak sangka orang yang saya sayang buat macam ini..
Saya ingatkan awak betul-betul sayangkn saya
Tapi sebaliknya.
Nak buat macam mana
Laki semua sama.
Tak pernah nak hargai seorang wanita yang mencintai dia dengan ikhlas
Tak pernah nak ambil tahu pasal perasaan saya
Selama ini..
Saya ingat awak ikhlas..
Tapi awak tipu saya
awak cakap awak sayang saya.
Tapi kat belakang saya, awak ada perempuan lain.
Sabar jela..
Saya seorang perempuan yang lemah
Saya tak mampu nak hadapi situasi ini
Nasib baik ada kwn-kawan.
Apa- apa pun,
Semoga awak bahagia dengan perempuan itu.
Walaupun saya masih sayangkan awak.
Saya harap hubungan awak kekal dengan dia.
Walaupun terasa dengan awak
Saya masih sayangkan awak.

Terima kasih awak sebab Berjaya hancurkan hati saya

Terima kasih sudi baca :)

22 CIRI 0RANG MENCINTAI KAMU

0 comments
Artikel ini saya ‘copy and paste’ dari kawan.
by - - - on Wednesday, 14 September 2011 at 19:32




1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya... dia tetap akan menunggumu.
Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup.


Terima kasih sudi baca :)

Cinta Itu Ketawa Dan Airmata

0 comments
Cinta Itu Ketawa Dan Airmata
by **** on Friday, 22 July 2011 at 01:15



Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya
Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku
Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan
Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan
Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata..



Terima kasih sudi baca :)