Welcome. Do follow me and leave comments| Follow or Dashboard

Wednesday 29 May 2013

My logo

2 comments

Logo terbaru Aqma Manaf
editted 100% by Aqma
Adobe Photoshop CS6
# tolong jangan amek. dan bagi korang yang mane warna cantik ??









Terima kasih sudi baca :)

#Hari pertama jumpa dentist

1 comments
         Aku tak ingat berapa tarikh aku jumpa dentist, Doc.Ang.  Masa ni aku baru habis tolong ayah aku catering dekat Pulau Tawar, otw aku balik ke rumah aku singgah ke klinik gigi kejap ditemani kawan aku, Atiqah untuk bertanyakan tentang braces. Punyalah lama gila aku tunggu untuk turn aku, and lastly aku pon masuk ke dalam bilik jumpa dentist. Tujuan aku just nak Tanya je, tak nak pon buat terus. Dr.Ang pon check la gigi aku, aku Tanya dia, “Kalau saya nak buat braces atas je boleh tak ? sebab gigi saya atas je yang jarang”. (Kalau buat atas je,murah sikit, tu pasal aku nak buat atas je) “Okahyh2..tunggu saya check ini gigi awak dulu okayyh, baru boleh tahu kena buat atas bwah ke tak”.

Then Dr.Ang pon check la gigi aku, dia cakap aku kena buat atas bawah. Adoiii…. Mampuih aku, atas bawah dah la mahal. Then aku Tanya la dia, berapa kos buat semua, bayaran dia macam mana.

Total: untuk umur 18-24 tahun (RM5000)

1st appointment: RM 100 untuk model/acuan

2nd appointment: RM1600 untuk besi braces

Selebihnya: bayaran ansuran RM150 setiap bulan

*harga ini tak termasuk kalau gigi ade kena cabut/tampal atau cuci.


Dalam hati aku, mak aihhh..mahal nak mampus. Then aku pon cakap lah kat dr. tu , “ okayh.thank dr. nanti saya confirmkan dengan dr. mcammane. Saya nak bincang dengan parents saya dulu lah.  Terima kasih.” Hehe nasib baik tak kena cas ape-ape untuk check tu. Sekian.




Terima kasih sudi baca :)

Kenapa tiba-tiba teringin nak pakai braces ?

2 comments
        Untuk menjawab soalan di atas, sebenarnya aku dah lama teringin nak pakai braces. Dari zaman sekolah lagi, tapi aku pon tak tahulah kenapa aku tak pakai masa sekolah. Kalau tak boleh pakai under kerajaan,dapat murah. Tapi sekarang umur pon dah 20 tahun mane lah boleh dah pakai sebab under kerajaan untuk yang umur bawah 17 tahun sahaja.

           Masalah gigi aku sebenarnya adalah disebabkan gigi aku jarang. Tapi serious gigi depan aku jarang gila. Sampai ade kawan aku ejek, “ Kema, gigi kau tu aku boleh masukkan syilling 50sen tau”. T.T Sedih bunyi dia kan, terasa rendah diri dan aku tak yakin langsung dengan diri aku sendiri. Kalau nak gelak or bercakap dengan orang pon, aku akan sedaya upaya untuk kecilkan mulut aku supaya orang tak Nampak gigi aku yang jarang ni.

           Berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakkan orang yang gigi jarang ni hensem dan cantik. HAHAHA perasan kejap. :P tapi serious la, memang betol pon, contohnya Kamal Adli, Madonna. Justin Bieber pon. Hehe tapi diorang dan memang cantik tak pelah, tak kesah lah gigi jarang ke ape. Kalau dah muka tak cantik macam aku ni, tambah lagi dengan gigi jarang. Hmm…. Terasa sangat2 tak ade confident diri.

        Aku dah lali lah kena panggil gigi jarang ke ape, tak kesah lah. Sebab aku yakin, nanti aku akan berusaha untuk dapat pakai braces. Suatu hari nanti…. Lepasni In sha Allah tak akan ade orang akan panggil aku macam tu dah. Muna, sahabat karibku. Juga memiliki gigi seperti aku, mula-mula aku plan dengan dia nak pakai kat klinik dia, sebab dia dulu cita-cita nak jadi Dentist, kot-kot pakai braces dekat klinik dia dapat free.hehe tapi akhirnya, bila dah habis SPM, dia tak dapat nak jadi seorang dentist sebab dia amek kos lain. Jadi tak jadilah aku nak buat braces dekat klinik dia. Hahaha

          Aku pernah juga bincang dengan Muna, nanti kita buat braces time dah besar nanti tau, time dah kerja. Sebab ape, sebab time tu masing-masing dah ade duit kan. So bila-bila je boleh buat. Tapi melalui kajian aku, hahaha semakin berusia kita, semakin susah untuk gigi kita bergerak. Semakin lambat pergerakan gigi kita. Itu pasal lah ramai yang pakai braces students. Dan akhirnya, aku membuat keputusan untuk memakai braces walaupun dengar cerita sakit gilaaa pakai braces. Takpe, aku tetap dengan pendirian aku. Untuk Berjaya,kita haruslah bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. Bye-bye.



Terima kasih sudi baca :)