Untuk menjawab soalan di atas, sebenarnya aku dah lama
teringin nak pakai braces. Dari zaman sekolah lagi, tapi aku pon tak tahulah
kenapa aku tak pakai masa sekolah. Kalau tak boleh pakai under kerajaan,dapat
murah. Tapi sekarang umur pon dah 20 tahun mane lah boleh dah pakai sebab under
kerajaan untuk yang umur bawah 17 tahun sahaja.
Masalah gigi aku sebenarnya adalah disebabkan gigi aku
jarang. Tapi serious gigi depan aku jarang gila. Sampai ade kawan aku ejek, “
Kema, gigi kau tu aku boleh masukkan syilling 50sen tau”. T.T Sedih bunyi dia
kan, terasa rendah diri dan aku tak yakin langsung dengan diri aku sendiri. Kalau
nak gelak or bercakap dengan orang pon, aku akan sedaya upaya untuk kecilkan
mulut aku supaya orang tak Nampak gigi aku yang jarang ni.
Berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakkan orang yang gigi
jarang ni hensem dan cantik. HAHAHA perasan kejap. :P tapi serious la, memang
betol pon, contohnya Kamal Adli, Madonna. Justin Bieber pon. Hehe tapi diorang
dan memang cantik tak pelah, tak kesah lah gigi jarang ke ape. Kalau dah muka
tak cantik macam aku ni, tambah lagi dengan gigi jarang. Hmm…. Terasa sangat2
tak ade confident diri.
Aku dah lali lah kena panggil gigi jarang ke ape, tak kesah
lah. Sebab aku yakin, nanti aku akan berusaha untuk dapat pakai braces. Suatu hari
nanti…. Lepasni In sha Allah tak akan ade orang akan panggil aku macam tu dah. Muna,
sahabat karibku. Juga memiliki gigi seperti aku, mula-mula aku plan dengan dia
nak pakai kat klinik dia, sebab dia dulu cita-cita nak jadi Dentist, kot-kot
pakai braces dekat klinik dia dapat free.hehe tapi akhirnya, bila dah habis
SPM, dia tak dapat nak jadi seorang dentist sebab dia amek kos lain. Jadi tak
jadilah aku nak buat braces dekat klinik dia. Hahaha
Aku pernah juga bincang dengan Muna, nanti kita buat braces
time dah besar nanti tau, time dah kerja. Sebab ape, sebab time tu
masing-masing dah ade duit kan. So bila-bila je boleh buat. Tapi melalui kajian
aku, hahaha semakin berusia kita, semakin susah untuk gigi kita bergerak. Semakin
lambat pergerakan gigi kita. Itu pasal lah ramai yang pakai braces students. Dan
akhirnya, aku membuat keputusan untuk memakai braces walaupun dengar cerita
sakit gilaaa pakai braces. Takpe, aku tetap dengan pendirian aku. Untuk Berjaya,kita
haruslah bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. Bye-bye.
Terima kasih sudi baca :)