Welcome. Do follow me and leave comments| Follow or Dashboard

Wednesday, 29 May 2013

Kenapa tiba-tiba teringin nak pakai braces ?

2 comments
        Untuk menjawab soalan di atas, sebenarnya aku dah lama teringin nak pakai braces. Dari zaman sekolah lagi, tapi aku pon tak tahulah kenapa aku tak pakai masa sekolah. Kalau tak boleh pakai under kerajaan,dapat murah. Tapi sekarang umur pon dah 20 tahun mane lah boleh dah pakai sebab under kerajaan untuk yang umur bawah 17 tahun sahaja.

           Masalah gigi aku sebenarnya adalah disebabkan gigi aku jarang. Tapi serious gigi depan aku jarang gila. Sampai ade kawan aku ejek, “ Kema, gigi kau tu aku boleh masukkan syilling 50sen tau”. T.T Sedih bunyi dia kan, terasa rendah diri dan aku tak yakin langsung dengan diri aku sendiri. Kalau nak gelak or bercakap dengan orang pon, aku akan sedaya upaya untuk kecilkan mulut aku supaya orang tak Nampak gigi aku yang jarang ni.

           Berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakkan orang yang gigi jarang ni hensem dan cantik. HAHAHA perasan kejap. :P tapi serious la, memang betol pon, contohnya Kamal Adli, Madonna. Justin Bieber pon. Hehe tapi diorang dan memang cantik tak pelah, tak kesah lah gigi jarang ke ape. Kalau dah muka tak cantik macam aku ni, tambah lagi dengan gigi jarang. Hmm…. Terasa sangat2 tak ade confident diri.

        Aku dah lali lah kena panggil gigi jarang ke ape, tak kesah lah. Sebab aku yakin, nanti aku akan berusaha untuk dapat pakai braces. Suatu hari nanti…. Lepasni In sha Allah tak akan ade orang akan panggil aku macam tu dah. Muna, sahabat karibku. Juga memiliki gigi seperti aku, mula-mula aku plan dengan dia nak pakai kat klinik dia, sebab dia dulu cita-cita nak jadi Dentist, kot-kot pakai braces dekat klinik dia dapat free.hehe tapi akhirnya, bila dah habis SPM, dia tak dapat nak jadi seorang dentist sebab dia amek kos lain. Jadi tak jadilah aku nak buat braces dekat klinik dia. Hahaha

          Aku pernah juga bincang dengan Muna, nanti kita buat braces time dah besar nanti tau, time dah kerja. Sebab ape, sebab time tu masing-masing dah ade duit kan. So bila-bila je boleh buat. Tapi melalui kajian aku, hahaha semakin berusia kita, semakin susah untuk gigi kita bergerak. Semakin lambat pergerakan gigi kita. Itu pasal lah ramai yang pakai braces students. Dan akhirnya, aku membuat keputusan untuk memakai braces walaupun dengar cerita sakit gilaaa pakai braces. Takpe, aku tetap dengan pendirian aku. Untuk Berjaya,kita haruslah bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. Bye-bye.



Terima kasih sudi baca :)

Tuesday, 16 April 2013

#5WordsiHateToHeaR

0 comments
Assalamualaikum dan selamat malam ^^

^^ .... aku start guna emoticon ni masa tengok cerita Korean. Dorang memang selalu guna emoticon cute nie. So aku ni nak bajet ala-ala Korean laa.. ahahahaha

      Pada malam yang indah ini, sambil menghirup udara yang segar, aku masih gagah menghadap lappy sambil menaip cerita-cerita yang mengarut ni sambil telingaku disumbat earphone memainkan lagu Kpop. Kepada haters Kpop, jangan kondem aku sebab dengar kpop. Haha bagi aku lagu kpop banyak menaikkan semangat aku sebab dia punya music rancak.

Aku tak ada idea nak cerita pasal apa. So disebabkan buntu nak cerita pasal apa, aku buat keputusan nak cerita pasal apa yang trending dekat twitter sekarang. Untuk makluman korang, aku ni twetholic la jugak. One of the trends for today is #5WordsiHateToHear dalam bahasa Inggerisnya, manakala dalam BM ianya bermaksud 5 perkataan saya paling benci dengar.

Secara rawaknya, aku telah amek twets sape2 dekat twitter tu yang agak-agak citarasa sama mcm aku. Aku nk describe sikit lah twet by twet secara ringkasnnya yang berkaitan hidup aku.

#5WordsiHateToHear"Not sent, saved to drafts"


      Benda ni selalu sangat terjadi dkat aku, dan ia akan muncul bila mungkinnya kredit phone aku dah takda ataupun masa  tu line macam harem, macam biskut chipsmore. Kejap ada kejap takda. Selalu sangat terjadii dan aku paling tak suka kalau masa tu aku tengah syok mesej tetiba mesej tak leh sent sebab kredit takde. Then mula la dia cakap “not sent, saved to drafts”. Wehh..buat apa nak saved to drafts ? ZZZzzzz.. apa tindakan aku lepas tuu ialahh aku terus request SOS topup, so takkan adalah mesej yang saved to drafts. 

#5WordsiHateToHear "Maaf adik, saiz baju adik habis and bla
bla~" :/ Err!

     Paling hampa gilaa perasaan bila Tanya dekat kedai baju, then dia jawab seperti sedemikian di atas. Buat penat jee aku pilih baju berjam-jam dan-dan dia cakap macam tu. Lainkali boleh tak bagitau awal-awal. -_____-

"SPM bukan penentu masa depan" #5WordsiHateToHear so why waste on SPM

      This statement is sooo worst. Sapa yang cakap macam nie mesti result dia tak gempak ataupun just nak bagi tenang dkat orang lain yang dapat  result tak berapa cemerlang. Aku sendiri mengaku memang result aku pun tak cemerlang. Tapi bagi aku spm tu sangat penting. Memang la nanti masa dah masuk u lagi penting. Tetapi, nanti kau dah kerja, employer akan tengok dan Tanya result spm kau jugak. Aku malu dgn result spm aku sendiri X.X


Terima kasih sudi baca :)