Welcome. Do follow me and leave comments| Follow or Dashboard

Wednesday 29 May 2013

Kenapa tiba-tiba teringin nak pakai braces ?

        Untuk menjawab soalan di atas, sebenarnya aku dah lama teringin nak pakai braces. Dari zaman sekolah lagi, tapi aku pon tak tahulah kenapa aku tak pakai masa sekolah. Kalau tak boleh pakai under kerajaan,dapat murah. Tapi sekarang umur pon dah 20 tahun mane lah boleh dah pakai sebab under kerajaan untuk yang umur bawah 17 tahun sahaja.

           Masalah gigi aku sebenarnya adalah disebabkan gigi aku jarang. Tapi serious gigi depan aku jarang gila. Sampai ade kawan aku ejek, “ Kema, gigi kau tu aku boleh masukkan syilling 50sen tau”. T.T Sedih bunyi dia kan, terasa rendah diri dan aku tak yakin langsung dengan diri aku sendiri. Kalau nak gelak or bercakap dengan orang pon, aku akan sedaya upaya untuk kecilkan mulut aku supaya orang tak Nampak gigi aku yang jarang ni.

           Berdasarkan pemerhatian aku, kebanyakkan orang yang gigi jarang ni hensem dan cantik. HAHAHA perasan kejap. :P tapi serious la, memang betol pon, contohnya Kamal Adli, Madonna. Justin Bieber pon. Hehe tapi diorang dan memang cantik tak pelah, tak kesah lah gigi jarang ke ape. Kalau dah muka tak cantik macam aku ni, tambah lagi dengan gigi jarang. Hmm…. Terasa sangat2 tak ade confident diri.

        Aku dah lali lah kena panggil gigi jarang ke ape, tak kesah lah. Sebab aku yakin, nanti aku akan berusaha untuk dapat pakai braces. Suatu hari nanti…. Lepasni In sha Allah tak akan ade orang akan panggil aku macam tu dah. Muna, sahabat karibku. Juga memiliki gigi seperti aku, mula-mula aku plan dengan dia nak pakai kat klinik dia, sebab dia dulu cita-cita nak jadi Dentist, kot-kot pakai braces dekat klinik dia dapat free.hehe tapi akhirnya, bila dah habis SPM, dia tak dapat nak jadi seorang dentist sebab dia amek kos lain. Jadi tak jadilah aku nak buat braces dekat klinik dia. Hahaha

          Aku pernah juga bincang dengan Muna, nanti kita buat braces time dah besar nanti tau, time dah kerja. Sebab ape, sebab time tu masing-masing dah ade duit kan. So bila-bila je boleh buat. Tapi melalui kajian aku, hahaha semakin berusia kita, semakin susah untuk gigi kita bergerak. Semakin lambat pergerakan gigi kita. Itu pasal lah ramai yang pakai braces students. Dan akhirnya, aku membuat keputusan untuk memakai braces walaupun dengar cerita sakit gilaaa pakai braces. Takpe, aku tetap dengan pendirian aku. Untuk Berjaya,kita haruslah bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. Bye-bye.



Terima kasih sudi baca :)

2 comments:

Nina said...

Haha!! Same lha !! Gigi sye pon jarang dpn ,. Nk cadang buad braces dgn kerajaan je.. Murah pon murah .. Sye pon slalu kene ejek.. Ala relaks lha .. Diorang jeles je tu sbb gigi kite berbeza dgn gigi diorang :) hehehehe! Sori menyibuk! :))

❤ aQma_maNaF ❤ said...

haha awak sekolah lagi ye ? boleh lah buat kat kerajaan. :) saya dah abes sekolah, terpaksa guna swasta je.heheh
org ejek buat cool je, kau ada ? haha ckp kt dia.